Selasa, 18 September 2012

Pemberitahuan (PENTING)

Selamat Sejahtera

Pada 22 September semua pelajar yang mengikuti kursus BMM3105 dikehendaki membentangkan perisian atau slaid (PWP) yang telah dibuat bagi tujuan Kerja Kursus Projek. Semua ahli dalam kumpulan perlu terlibat semasa pembentangan. Cara penyampaian turut diambil kira sebagai aspek penilaian. Kegagalan anda untuk membentang akan menjejaskan markah Kerja Kursus.
 
Sekian. Harap maklum.

Khamis, 13 September 2012

Pemberitahuan

Tarikh akhir untuk menyertai blog ini ialah pada 22 September 2012. Sila sertai segera untuk tujuan penilaian blog.

Bahan Kuliah 22 September 2012

Tajuk 13

MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

  1. MENGGUNAKAN ANIMASI PERKATAAN DAN OBJEK POWER POINT
  2. MENCARI, MENGUMPUL, MENYESUAIKAN DAN MENGGUNAKAN ANIMASI DARIPADA INTERNET
  3. MEMANIPULASI ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN

Pengenalan

Animasi / Grafik

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia suka akan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Ia membolehkan sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej- imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.
Penggunaan animasi boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR). Format fail animasi tambahan adalah seperti format fail Quick Time (mov) atau Video for Windows (avi).

Animasi Gel

  • Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setiap kerangka frame
  • Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
  • Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

Animasi Komputer

  • Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel : manggunakan layer, keyframe, tweening
  • Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effek.

Power point

  • Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.
  • Mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan grafik yang dapat menarik minat penonton secara sepontan.
  • Boleh digunakan sebagai alat persembahan atau alat bantuan instruksi.
  • Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar seperti kuliah, kumpulan kecil seperti kumpulan perbincangan atau individu.
  • Boleh kurang, pinda, tambah atau bina slaid baru semasa persembahan dijalankan.
  • Boleh menyediakan nota penyampai atau speaker note dibahagian bawah slaid yang diedit. Ini akan membantu penyampai untuk menjelaskan lagi isi utama.
Tajuk 14

BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  1. MENEROKA DAN MENGKLASIFIKASIKAN CAKERA PADAT
  2. MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  3. MENGGUNAKAN CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN
Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Definisi
Cakera padat (bahasa Inggeriscompact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini (2007). Sebuah CD audio terdiri daripada satu atau lebih runut stereo yang disimpan menggunakan pengekodan PCM 16-bit pada kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan). Terdapat juga cakera 80 mm yang kekadang digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.
Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali (CD-R dan CD-RW). CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini (2007). CD dan produk-produk lanjutannya telah amat berjaya: pada tahun 2004, jualan tahunan CD-Audio, CD-ROM, dan CD-R di seluruh dunia mencapai sekitar 30 bilion keping cakera.
Memahami cakera padat CD dan DVD
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.
Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.
Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVDsedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.

Format DVD
Ciri-ciri
DVD-R
DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
DVD+R
Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-RAM
DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.
DVD-RW
DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secaraurutan.
DVD+RW
Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-R/W
Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).
DVD+R/W
Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)
Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
Keselamatan ICT sekolah
1. Empat aspek
  • Tanggungjawab
  • Keselamatan fizikal
  • Keselamatan sistem
  • Keselamatan data
Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai maklumat karajaan.Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.
Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh pengguna.
Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses dengan kata laluan.
Penjagaan Cakera Liut
  • jangan sentuh bahagian cakera yang terdedah
  • jangan letak benda berat di atasnya
  • jauhi daripada makanan, minuman, debu dan asap
  • jauhi daripada medan magnet
  • jauhi daripada kepanasan dan kesejukan yang ekstrim
  • masukkan disket dengan cermat ke dalam pemacu cakera
  • selalu simpan disket dalam kotak apabila tidak diguna
Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
     Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan
Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
 

AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen  
pendek.
TATABAHASA
  · Cakera latihan tatabahasa
Tajuk 15
SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
  1. MENGADAKAN SEMINAR
  2. MENGADAKAN PAMERAN
Definisi seminar
Seminar pada umumnya merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional. Kata seminar berasal dari kata Latin seminarum, yang bererti "tanah tempat menanam benih".
Sebuah seminar biasanya memiliki fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir dapat berdebat secara aktif. Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah presentasi hasil penelitian dalam bentuk yang lebih formal. Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang didiskusikan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk mahasiswa yang telah mencapai tingkatan atas). Sistem seminar memiliki gagasan untuk lebih mendekatkan mahasiswa kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga pertanyaan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih informal dibandingkan sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.
Perlu dicatat bahawa di beberapa universiti di Eropah, sebuah seminar bererti kelas kuliah yang besar, khususnya ketika dibawakan oleh ahli yang termasyhur (tanpa memperhatikan jumlah hadirin atau jangkauan mahasiswa yang menghadiri diskusi).
Pameran
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.
Jenis-jenis pameran:

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Temporer
Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.
 


Latihan Amali

Selamat sejahtera.
Kepada semua pelajar PPG BM Ambilan 2011 yang mengambil kursus BMM3105, sila hantar semua latihan amali pada 22 September 2012.
Harap maklum.
Sekian. Terima kasih.

Jumaat, 31 Ogos 2012

55 TAHUN MERDEKA

SALAM MERDEKA

Bahan Kuliah 1 September 2012

Amali 10


MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

  1. MENENTUKAN PERINGKAT PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
  2. MENENTUKAN PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO
  3. MEMBINA BAHAN AUDIO DAN VIDEO
  4. MENGGUNAKAN PERISIAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR DAN MEMBACA.

Video

  • Audio/ bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan system computer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
  • Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
  • Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar  lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
  • Memasukkan unsur video di dalam sesbuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat.
  • Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:

  1. Secara terus dengan menggunakan video digital
  2. Tetingkap video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video.
  3. Tetingkap video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai

Audio

Penggunaan muzik/audio boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:

  1. Muzik latar belakang

  • Mewujudkan ‘mood’ dalam sesuatu persembahan
  • Menceriakan persekitaran

2. Kesan bunyi

  • Mewakili sesuatu bunyi
  • Memastikan pelajar peka terhadap persembahan multimedia yang guru lakukan
  • Contohnya, bunyi ‘ding’ atau ‘dong’ apabila butang diklik semasa persembahan

3. Narasi (penceritaan)

  • Tidak banyak digunakan dalam sesuatu persembahan kerana sedikit mengganggu persembahan
  • Dibina untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan melalui muzik latar belakang dengan sokongan pembesar suara.
  • Boleh digunakan sekali sekala dalam aktiviti supaya pelajar tidak berasa bosan

BENTUK VIDEO

ANALOG

Video analog bukannya suatu bentuk data yang dikenali oleh komputer, ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu tturutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaitu kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bergambar)

DIGITAL

Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan

Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV

MPG

  • Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan VCD.

AVI (Audio Video Interleave )

  • Bermaksud Video for Windows.Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.

MOV

  • Merupakan format video untuk perisian Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company.

Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF

Video

Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti:

  1. AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)

  • Format ini sering digunakan pada system computer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.

2. MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)

  • Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.

3. MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)

  • Format yang boleh diterima pakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.

4. SND/Sound

  • Format fail yang telah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.

5. WAVE/ WAV

  • Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh system operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.

6. SUN AUDIO/ AU

  • Boleh digunakan oleh computer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.

7. MPEG (Moving Picture Experts Group)

  • Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.

Format fail lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2

 

MEMBINA BAHAN AUDIO DAN VIDEO
Menggunakan perisian Microsoft Window Power Point 2007


MENGGUNAKAN PERISIAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR DAN MEMBACA

Amali 11
PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO
  1. KONFERENSI SECARA DALAM TALIAN
  2. MENGADAKAN SIDANG VIDEO UNTUK MENGAJARKAN KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR, MEMBACA DAN MENULIS
PENGENALAN
 Telesidang adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling. Menurut J.Maki (2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan banyak masalah pembelajaran di kalangan pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
 Berdasarkan kajian, di dapati telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001) dan Singapura (Hu. Chun, 2001)
SIDANG VIDEO
  • Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video )merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melaluipenghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan
  • Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukankepada suatu persidangan dan bukan individu
  • Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling
 
JENIS PERSIDANGAN VIDEO
  • Banyak ke banyak
  • Satu ke banyak
  • Satu ke satu
Contoh pengunaan sidang video
  • Pendidikan
  • Pembentangan (Presentations )
  • Perkongsian kerja antara penyelidik
  • Berkomunikasi
  • Teleperubatan
  • Mesyuarat
Kebaikan menggunakan telesidang
  1. Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
  2. Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
  3. Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
  4. Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
  5. Mempertingkatkan komunikasi.
  6. Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
  7. Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.
Persidangan sidang video
  • Google Talk 1.0.0.104 Beta
  • Pidgin 2.7.9
  • Skype 5.1.0.104
  • Thunderbird 3.1.7
  • Trillian Astra 4.2.0.24
  • Windows Live Messenger 2011 (15.4.3508)
  • Yahoo! Messenger 11.0.0.1751 Beta
  • NetMeeting
  • MSN Messenger
Kelemahan penggunaan telesidang
  • Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
  • Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.
Transmisi siding video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :
1. Cekup (capture),
  • Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
  • Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.
2. Mampat
  • Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
  • Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.
3. Siar
  • Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
  • Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.
Amali 12
MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  1. MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
  2. APLIKASI PENYUNTINGAN BAHAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN
PENGENALAN
Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila menggunakan perisian ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di sini pelajar akan belajar menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang telah menyediakan satu modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain dari menggunakan tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan buku panduan yang dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari mereka sebagai bahan bantu mengajar.
Kekuatan utama modul ini adalah dari segi bahasa penyampaiannnya. Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi. Memandangkan perisian ComIL sendiri juga dibina diatas pelantar Bahasa Malaysia, kesukaran para pelajar untuk menterjemahkan arahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia dapat diatasi
Contoh alat pengarangan : ComIL
  • Alat pengarangan ComIL ini dibangunkan oleh pakar-pakar tempatan. Oleh sebab itu, suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan dapat dihasilkan
  • Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti proses memahami sistem ComIL. Arahan arahan yang diberi adalah dalam format bullet atau bernombor. Oleh itu, pelajar tidak perlu membaca ayat-ayat panjang yang boleh mengganggu kontsentrasi mereka
  • Persembahan modul ini adalah kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain. Arahan yang diikuti dengan contoh serta gambar-gambar skrin dari sistem ComIL menampung pelbagai gaya pembelajaran pengguna
  • Tutorial ini juga tidak terus memperkenalkan sistem ComIL tetapi ia mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian kursus serta konsep-konsep asas yang berkaitan agar pelajar mempunyai kefahaman yang fokus tentang pembangunan perisian kursus yang menggunakan alat pengarangan
Kelemahan sistem sekarang
  • Modul yang dicadangkan tidak mengikuti teori-teori pembelajaran dalam metodologi pembangunan perisian PPBK.
  • Tidak ramah-pengguna antaranya kerana tidak mempunyai butang keluar dari setiap aktiviti yang disediakan. Pembelajaran pelajar akan terganggu kerana pelajar perlu kerap menggunakan 'scroll down' untuk melihat paparan yang sepenuhnya.
  • Modul ini tidak menggunakan pendekatan tutorial yang sebenarnya. sebaliknya ia lebih merupakan kuliah elektronik untuk menyampaikan maklumat tentang penggunaan ComIL.
  • Oleh kerana modul ini lebih berbentuk arahan untuk menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam alat pengarangan ComIL, ia tidak memberikan perhatian terhadap peningkatan kemahiran berfikir penggunanya.
  • Perisian yang baik seharusnya mempunyai unsur kemahiran berfikir kritis dan kreatif dari aras rendah kepada aras tinggi dalam aplikasi pengajarannya
  • Modul menggunakan perisian ComIL yang terdapat pada laman ini tidak bersifat interaktif dalam erti kata tidak memerlukan input dari pelajar. Soalan-soalan untuk menguji sama ada objektif pembelajaran tutorial ini tercapai tidak disediakan. Ini bermaksud pemahaman dan penguasaan proses yang amat ditekankan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Teknologi Maklumat tidak diikuti. Oleh itu, pengguna tidak akan dapat menilai tahap penguasaan mereka seperti yang dikehendaki oleh kurikulum
Contoh alat pengarangan
Microsoft Office Word 2007: