PENGGUNAAN ENJIN
PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU
1. MENGGUNA WEB,
VIDEO, AUDIO DAN IMEJ
- Terdapat
beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
- Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan.
- Kesemua pembekal maklumat internet memberikan
perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video,
teks, dan grafik.
- Untuk
melayari internet dengan menggunakan
pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
- Kebiasaannya,
apabila pengguna mengklik ikon internet, maka
pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula
jadi.
Contoh alamat pembekal
maklumat internet:
- www.yahoo.com
- www.yahoo.co.uk
- www.yahoo.com.my
- www.google.com
- Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan
menaipkan www.youtube.com.
- Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu
memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube
down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.
2. MENGGUNAKAN KATA
KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU.
Untuk mendapatkan
bahan daripada internet, anda harus :
- Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi
perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi
terlalu banyak.
- Sila
gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti
yang anda perlukan
- Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan
tanda “ “ seperti “resepi
- masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
- Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu
menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang
hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
- Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran
Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil
pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan
Rancangan Pengajaran Seminggu.
3. MENYIMPAN BAHAN
DALAM BENTUK ALAMAT INTERNET DAN KATALOG INTERNET
- Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat
internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu.
Lihat gambar rajah yang berikutnya.
- Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik
kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan
arahan yang keluar dan sila klik copy.
- Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas
fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan
akan dipindahkan ke dalam fail Word.
Setelah itu, masukkan tajuk laman tadi. Sila buat berulang-ulang kali sehingga anda mahir melakukannya. Sebagai contoh, yang berikut diberikan beberapa contoh alamat internet yang telah diberikan.- Penglihatan
Dan Keselamatan Jalan Raya -http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm
- Pantun Melayu –
- http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-pantun-m.htm
- Untuk mendapatkan alamat laman, sila ikut prosedur yang
telah dinyatakan di atas dan pindahkan ke dalam kotak seperti yang
ditunjukkan di dalam contoh di bawah.
- Masukkkan tajuk, alamat laman, dan sinopsis. Sila lihat
contoh yang berikutnya.
Tajuk
|
Peribahasa
Melayu
|
URL
|
|
Sinopsis
|
Laman
sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan
dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua
peribahasa.
|
- Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet
kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
- Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat
mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang
disertakan.
- Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:
Tajuk
|
|
URL
|
|
Sinopsis
|