Rabu, 25 Julai 2012

Bahan Kuliah


Tajuk  6 :
MEMBINA DAN MENGAPLIKASIKAN STRUKTUR PERPAUTAN DALAM PENYUSUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

  1. STRUKTUR HIERARKI DAN STRUKTUR KOMPOSIT
  2. STRUKTUR LINEAR
  3. STRUKTUR RANGKAIAN

Struktur hierarki
  • Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
  • Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.

Struktur komposit

  • Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
  • Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.


Struktur linear

  • Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.


Struktur rangkaian

  • Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
  • Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel
  • Struktur perpautan juga banyak digunakan secara meluas di dalam laman web.
  • Contohnya, laman sesawang Wikipedia, blog,