Selasa, 18 September 2012

Pemberitahuan (PENTING)

Selamat Sejahtera

Pada 22 September semua pelajar yang mengikuti kursus BMM3105 dikehendaki membentangkan perisian atau slaid (PWP) yang telah dibuat bagi tujuan Kerja Kursus Projek. Semua ahli dalam kumpulan perlu terlibat semasa pembentangan. Cara penyampaian turut diambil kira sebagai aspek penilaian. Kegagalan anda untuk membentang akan menjejaskan markah Kerja Kursus.
 
Sekian. Harap maklum.

Khamis, 13 September 2012

Pemberitahuan

Tarikh akhir untuk menyertai blog ini ialah pada 22 September 2012. Sila sertai segera untuk tujuan penilaian blog.

Bahan Kuliah 22 September 2012

Tajuk 13

MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU

  1. MENGGUNAKAN ANIMASI PERKATAAN DAN OBJEK POWER POINT
  2. MENCARI, MENGUMPUL, MENYESUAIKAN DAN MENGGUNAKAN ANIMASI DARIPADA INTERNET
  3. MEMANIPULASI ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN

Pengenalan

Animasi / Grafik

Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas. Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia suka akan sesuatu yang dinamik dan bukannya statik.
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Ia membolehkan sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej- imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.
Penggunaan animasi boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Format penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk 3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR). Format fail animasi tambahan adalah seperti format fail Quick Time (mov) atau Video for Windows (avi).

Animasi Gel

  • Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa siri daripada grafik berlainan pada setiap kerangka frame
  • Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
  • Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan plastik

Animasi Komputer

  • Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel : manggunakan layer, keyframe, tweening
  • Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan transparencies, inversion dan effek.

Power point

  • Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
  • Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.
  • Mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan grafik yang dapat menarik minat penonton secara sepontan.
  • Boleh digunakan sebagai alat persembahan atau alat bantuan instruksi.
  • Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar seperti kuliah, kumpulan kecil seperti kumpulan perbincangan atau individu.
  • Boleh kurang, pinda, tambah atau bina slaid baru semasa persembahan dijalankan.
  • Boleh menyediakan nota penyampai atau speaker note dibahagian bawah slaid yang diedit. Ini akan membantu penyampai untuk menjelaskan lagi isi utama.
Tajuk 14

BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  1. MENEROKA DAN MENGKLASIFIKASIKAN CAKERA PADAT
  2. MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
  3. MENGGUNAKAN CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN
Pengenalan
Cakera padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Definisi
Cakera padat (bahasa Inggeriscompact disc atau CD) adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini (2007). Sebuah CD audio terdiri daripada satu atau lebih runut stereo yang disimpan menggunakan pengekodan PCM 16-bit pada kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan). Terdapat juga cakera 80 mm yang kekadang digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.
Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta perakaman berbilang kali (CD-R dan CD-RW). CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam industri komputer peribadi pada hari ini (2007). CD dan produk-produk lanjutannya telah amat berjaya: pada tahun 2004, jualan tahunan CD-Audio, CD-ROM, dan CD-R di seluruh dunia mencapai sekitar 30 bilion keping cakera.
Memahami cakera padat CD dan DVD
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1.
Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.
Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.
Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVDsedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.

Format DVD
Ciri-ciri
DVD-R
DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD.
DVD+R
Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-RAM
DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak.
DVD-RW
DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secaraurutan.
DVD+RW
Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal.
DVD-R/W
Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah).
DVD+R/W
Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah)
Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
Keselamatan ICT sekolah
1. Empat aspek
  • Tanggungjawab
  • Keselamatan fizikal
  • Keselamatan sistem
  • Keselamatan data
Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan kerajaan sebagai pegawai maklumat karajaan.Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api.
Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh pengguna.
Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran data dan kawalan akses maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang boleh akses data pelajar dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam disket hanya boleh diakses dengan kata laluan.
Penjagaan Cakera Liut
  • jangan sentuh bahagian cakera yang terdedah
  • jangan letak benda berat di atasnya
  • jauhi daripada makanan, minuman, debu dan asap
  • jauhi daripada medan magnet
  • jauhi daripada kepanasan dan kesejukan yang ekstrim
  • masukkan disket dengan cermat ke dalam pemacu cakera
  • selalu simpan disket dalam kotak apabila tidak diguna
Memilih Cakera Padat pembelajaran Bahasa Melayu
     Cakera padat untuk pembelajaran bahasa Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan
Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
 

AKTIVITI
JENIS CAKERA
KESUSASTERAAN
Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen  
pendek.
TATABAHASA
  · Cakera latihan tatabahasa
Tajuk 15
SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
  1. MENGADAKAN SEMINAR
  2. MENGADAKAN PAMERAN
Definisi seminar
Seminar pada umumnya merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional. Kata seminar berasal dari kata Latin seminarum, yang bererti "tanah tempat menanam benih".
Sebuah seminar biasanya memiliki fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir dapat berdebat secara aktif. Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah presentasi hasil penelitian dalam bentuk yang lebih formal. Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang didiskusikan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk mahasiswa yang telah mencapai tingkatan atas). Sistem seminar memiliki gagasan untuk lebih mendekatkan mahasiswa kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga pertanyaan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih informal dibandingkan sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.
Perlu dicatat bahawa di beberapa universiti di Eropah, sebuah seminar bererti kelas kuliah yang besar, khususnya ketika dibawakan oleh ahli yang termasyhur (tanpa memperhatikan jumlah hadirin atau jangkauan mahasiswa yang menghadiri diskusi).
Pameran
Pengertian pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses pembinaannya.
Jenis-jenis pameran:

BIL
PERKARA
HURAIAN
1
Pameran tetap
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
2
Pameran Temporer
Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai satu tempoh masa yang ditetapkan
3
Pameran Keliling
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu tempat tanpa mengira waktu yang tetap.
 


Latihan Amali

Selamat sejahtera.
Kepada semua pelajar PPG BM Ambilan 2011 yang mengambil kursus BMM3105, sila hantar semua latihan amali pada 22 September 2012.
Harap maklum.
Sekian. Terima kasih.