Tajuk 13
MEREKA CIPTA ANIMASI DALAM
PERSEMBAHAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU
- MENGGUNAKAN ANIMASI PERKATAAN DAN OBJEK POWER POINT
- MENCARI, MENGUMPUL, MENYESUAIKAN DAN MENGGUNAKAN
ANIMASI DARIPADA INTERNET
- MEMANIPULASI ANIMASI DALAM PERSEMBAHAN
Pengenalan
Animasi / Grafik
Animasi
digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh
dalam bentuk dua dimensi, tiga dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas.
Walaupun apa jua bentuk animasi yang digunakan, ia mampu menghasilkan kelainan
dalam program yang didokongnya kerana sememangnya jiwa manusia suka akan sesuatu
yang dinamik dan bukannya statik.
Animasi
merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau
memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Ia
membolehkan sesuatu yang sukar untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan
atau imej- imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan.
Penggunaan
animasi boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan
kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan
kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Format
penghasilan animasi yang biasa digunakan ialah gif animated dan swf, AutoDesk
3D Studio dan Animator (.FLI, .FLC) dan Macromedia Director (.DIR). Format fail
animasi tambahan adalah seperti format fail Quick Time (mov) atau Video for
Windows (avi).
Animasi
Gel
- Diperkenalkan oleh Disney di mana menggunakan beberapa
siri daripada grafik berlainan pada setiap kerangka frame
- Satu minit animasi akan memainkan 1,440 kerangka
- Cel berasal daripada kertas celluloid yang digunakan
untuk lukisan pada setiap kerangka tetapi sekarang telah digantikan dengan
plastik
Animasi
Komputer
- Mengamalkan konsep yang sama seperti animasi cel :
manggunakan layer, keyframe, tweening
- Menggunakan nilai piksel RGB, mengenalpasti bucu-bucu
sesuatu objek dan bercampuran warna supaya dapat menghasilkan
transparencies, inversion dan effek.
Power point
- Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang
banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau
syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau
persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan
pengajaran dalam bilik darjah.
- Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai
kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai
kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Dengan lain
perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk
mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang
berkesan.
- Mempunyai ciri media seperti animasi, visual, audio dan
grafik yang dapat menarik minat penonton secara sepontan.
- Boleh digunakan sebagai alat persembahan atau alat
bantuan instruksi.
- Boleh digunakan untuk kumpulan yang besar seperti
kuliah, kumpulan kecil seperti kumpulan perbincangan atau individu.
- Boleh kurang, pinda, tambah atau bina slaid baru semasa
persembahan dijalankan.
- Boleh menyediakan nota penyampai atau speaker note
dibahagian bawah slaid yang diedit. Ini akan membantu penyampai untuk
menjelaskan lagi isi utama.
Tajuk 14
BENGKEL CAKERA PADAT
PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
- MENEROKA DAN MENGKLASIFIKASIKAN CAKERA PADAT
- MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
- MENGGUNAKAN CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN
Pengenalan
Cakera
padat merupakan sejenis peranti daripada kepingan bersalut magnet yang
digunakan untuk menyimpan data dan atur cara komputer.
Definisi
Cakera padat (bahasa Inggeris: compact disc atau CD)
adalah cakera
optik yang digunakan
bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di pasaran pada lewat
tahun 1982 masih merupakan media fizikal yang
piawai untuk perakaman audio komersil sehingga kini (2007). Sebuah CD audio terdiri daripada satu atau
lebih runut stereo yang disimpan menggunakan
pengekodan PCM 16-bit pada kadar pensampelan sebanyak 44.1
kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio
sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan).
Terdapat juga cakera 80 mm yang kekadang digunakan untuk CD single yang boleh
menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.
Teknologi cakera padat kemudian diubah suai untuk
dijadikan peranti storan data yang dikenali sebagai CD-ROM, dan merangkumi media perakaman tunggal serta
perakaman berbilang kali (CD-R dan CD-RW).
CD-ROM dan CD-R masih merupakan teknologi yang digunakan secara meluas dalam
industri komputer
peribadi pada hari ini (2007). CD dan produk-produk lanjutannya telah amat
berjaya: pada tahun 2004, jualan tahunan CD-Audio, CD-ROM, dan CD-R di
seluruh dunia mencapai sekitar 30 bilion keping cakera.
Memahami cakera padat CD dan DVD
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga
dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data
secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem
optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat
rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang
tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan
diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan
cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan,
manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan
antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan
binari 1.
Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa -
bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya. Jika tidak
terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku
apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0.
Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada
satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan
lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap
elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.
Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti
storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD
memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain,
membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD
biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh
menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat
terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.
Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan
CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain
CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk
sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula
membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam
data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini
disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVDsedang bersaing antara satu sama lain untuk
mencipta satu "piawai" format rakaman.
Format DVD
|
Ciri-ciri
|
DVD-R
|
DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam
video; dimainkan pada pemain DVD.
|
DVD+R
|
Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri
teknikal.
|
DVD-RAM
|
DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data
secara rawak.
|
DVD-RW
|
DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan
menulis data secaraurutan.
|
DVD+RW
|
Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri
teknikal.
|
DVD-R/W
|
Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah
permukaan cakera (atas dan bawah).
|
DVD+R/W
|
Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah
permukaan cakera (atas dan bawah)
|
Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
Keselamatan ICT sekolah
1. Empat aspek
- Tanggungjawab
- Keselamatan fizikal
- Keselamatan sistem
- Keselamatan data
Peranan dan tanggungjawab merujuk kepada peranan kakitangan
kerajaan sebagai pegawai maklumat karajaan.Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan
peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau
kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam
api.
Keselamatan sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi
sistem dan perisian aplikasi yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan
dan pencerohohan. Antara tindakan yang berkaitan dengan keselamatan sistem
adalah pemasangan perisian antivirus, mewujudkan kata laluan untuk menghadkan
akses kepada internet oleh pengguna.
Keselamatan data merujuk kepada kaedah penyimpanan, penyebaran
data dan kawalan akses maklumat, misalnya hanya pengetua dan guru kelas yang
boleh akses data pelajar dalam pelayan, dokumen sulit yang disimpan dalam
disket hanya boleh diakses dengan kata laluan.
Penjagaan Cakera Liut
- jangan sentuh bahagian cakera yang terdedah
- jangan letak benda berat di atasnya
- jauhi daripada makanan, minuman, debu dan asap
- jauhi daripada medan magnet
- jauhi daripada kepanasan dan kesejukan yang ekstrim
- masukkan disket dengan cermat ke dalam pemacu cakera
- selalu simpan disket dalam kotak apabila tidak diguna
Memilih Cakera Padat pembelajaran
Bahasa Melayu
Cakera padat untuk pembelajaran bahasa
Melayu telah diwujudkan oleh pihak penerbit buku teks. CD-Rom ini diharap dapat
membantu meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu
Selain itu, cakera padat yang
turut digunakan ialah:
- puisi tradisional dan kesusasteraan
- latihan dan soalan
Menggunakan Cakera Padat Dalam Aktiviti Pengajaran
Penggunaan cakera atau CD-Rom
boleh diaplikasikan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran bahasa Melayu.
AKTIVITI
|
JENIS CAKERA
|
KESUSASTERAAN
|
Cakera sastera seperti pantun, syair atau cerpen
pendek.
|
TATABAHASA
|
· Cakera
latihan tatabahasa
|
Tajuk 15
SEMINAR DAN PAMERAN
TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
- MENGADAKAN SEMINAR
- MENGADAKAN PAMERAN
Definisi seminar
Seminar pada
umumnya merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti
mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional. Kata seminar berasal
dari kata Latin seminarum, yang bererti "tanah tempat menanam
benih".
Sebuah seminar biasanya memiliki fokus pada suatu topik yang
khusus, di mana mereka yang hadir dapat berdebat secara aktif. Seminar
seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar,
atau melalui sebuah presentasi hasil penelitian dalam bentuk yang lebih formal.
Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang didiskusikan
(di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk mahasiswa yang
telah mencapai tingkatan atas). Sistem seminar memiliki gagasan untuk lebih
mendekatkan mahasiswa kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar
dilakukan juga pertanyaan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih informal
dibandingkan sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.
Perlu dicatat bahawa di beberapa universiti di Eropah, sebuah
seminar bererti kelas kuliah yang besar, khususnya ketika dibawakan oleh ahli
yang termasyhur (tanpa memperhatikan jumlah hadirin atau jangkauan mahasiswa
yang menghadiri diskusi).
Pameran
Pengertian
pameran adalah suatu kegiatan untuk mempamerkan hasil kerja yang telah siap
dibina bagi sebagai rujukan dan panduan kepada orang ramai dalam proses
pembinaannya.
Jenis-jenis
pameran:
BIL
|
PERKARA
|
HURAIAN
|
1
|
Pameran tetap
|
Pameran yang dijalankan tanpa melakukan perpindahan tempat
|
2
|
Pameran Temporer
|
Pemeran yang diadakan buat sementara waktu iaitu mempunyai
satu tempoh masa yang ditetapkan
|
3
|
Pameran Keliling
|
Pameran yang dijalankan dengan secara mengelilingi sesuatu
tempat tanpa mengira waktu yang tetap.
|