Rabu, 25 Julai 2012

Bahan Kuliah

Tajuk 1

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

1. MENGGUNA WEB, VIDEO, AUDIO DAN IMEJ

  • Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain.
  • Yahoo dan Google adalah enjin pencari yang selalu digunakan.
  • Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
  • Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet.
  • Kebiasaannya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.

Contoh alamat pembekal maklumat internet:

  • www.yahoo.com
  • www.yahoo.co.uk
  • www.yahoo.com.my
  • www.google.com
  • Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
  • Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet.

2. MENGGUNAKAN KATA KUNCI, FRASA YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU.

Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus : 
  • Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak.
  • Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan
  • Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi
  • masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
  • Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran.
  • Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

3. MENYIMPAN BAHAN DALAM BENTUK ALAMAT INTERNET DAN KATALOG INTERNET
  • Untuk menyimpan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
  • Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.
  • Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

Tajuk
Peribahasa Melayu
URL
Sinopsis
Laman sesawang yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka ini mengenai peribahasa Melayu yang di gunakan dalam sukatan pelajaran bagi sekolah menengah di
Malaysia. Laman sesawang ini menyenaraikan semua peribahasa.

  • Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis.
  • Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.
  • Sila sediakan kotak seperti yang di bawah ini:

Tajuk
URL
Sinopsis
















Jumaat, 22 Jun 2012

tugasan BMM3105


No.Kod: BMM3105


TAJUK KURSUS :  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
BERBANTUKAN KOMPUTER


 
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS :  


Pada akhir pembelajaran ini pelajar dapat; 

1.    Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian, model perpautan dalam penyusunan bahan dan perpautan antara bahan. 

2.    Memilih bahan-bahan daripada  internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. 

3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.

4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.

5.    Menggunakan bahan Bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video. 


 
OBJEKTIF PEMBELAJARAN :  


Pada akhir tugasan ini pelajar dapat :

 
1.    Mengumpul bahan berkaitan Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

2.    Menulis esei berkaitan Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan bahan yang dikumpulkan.

3.    Membangunkan satu perisian  bagi  subjek  Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia  sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bagi satu  masa  kelas pembelajaran

4.    Menulis refleksi tugasan.

Tugasan Projek


Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.

Oleh itu, guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.

Bagi melaksanakan projek ini, anda dikehendaki :


1.   Mengumpulkan bahan-bahan yang berkaitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bentuk folio yang mengandungi :


·         keratan akhbar, salinan artikel jurnal, salinan keratan buku dan keratan bahan dari laman sesawang.

2.    Menulis esei bertemakan Penggunaan Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Panjang esei tersebut sekurang-kurangnya 15 muka surat. Anda mesti menggunakan bahan-bahan yang diperoleh dalam tugasan 1 sebagai bahan rujukan utama.

3.    Membangunkan satu perisian  bagi  subjek  Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia  sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bagi satu  masa  kelas pembelajaran.  Anda  boleh  menggunakan  perisian  alat pengarangan  (authoring   tool),  seperti Macromedia Authorware, Powerpoint atau  lain-lain perisian  yang  sesuai  dalam membangunkan  perisian  tersebut.

4.    Menulis refleksi berdasarkan tugasan projek ini. Refleksi mestilah ditulis secara individu. Panjang refleksi sekurang-kurangnya 5 muka surat.

Panduan Tugasan:

1.    Tugasan hendaklah disiapkan secara berkumpulan.

2.    Semua bahan tugasan hendaklah dihantar dalam bentuk ‘hardcopy’ dan ‘softcopy’ kepada pensyarah.

3.    Penilaian tugasan juga akan dibuat secara berterusan dengan merujuk kepada laman sesawang anda. Kemas kini laman sesawang anda dari semasa ke semasa.