Jumaat, 31 Ogos 2012

55 TAHUN MERDEKA

SALAM MERDEKA

Bahan Kuliah 1 September 2012

Amali 10


MEMBINA BAHAN VIDEO DAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

  1. MENENTUKAN PERINGKAT PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
  2. MENENTUKAN PRINSIP PEMBINAAN BAHAN VIDEO DAN AUDIO
  3. MEMBINA BAHAN AUDIO DAN VIDEO
  4. MENGGUNAKAN PERISIAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR DAN MEMBACA.

Video

  • Audio/ bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan system computer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar.
  • Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.
  • Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar  lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.
  • Memasukkan unsur video di dalam sesbuah persembahan multimedia merupakan salah satu cara yang berkesan bagi menyampaikan maklumat.
  • Pelbagai teknik, kaedah serta teknologi boleh digunakan. Antaranya ialah seperti yang berikut:

  1. Secara terus dengan menggunakan video digital
  2. Tetingkap video digunakan untuk menayangkan video dari cakera laser atau pemain pita video.
  3. Tetingkap video menayangkan siaran TV secara terus dengan bantuan kad pendigital video yang sesuai

Audio

Penggunaan muzik/audio boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:

  1. Muzik latar belakang

  • Mewujudkan ‘mood’ dalam sesuatu persembahan
  • Menceriakan persekitaran

2. Kesan bunyi

  • Mewakili sesuatu bunyi
  • Memastikan pelajar peka terhadap persembahan multimedia yang guru lakukan
  • Contohnya, bunyi ‘ding’ atau ‘dong’ apabila butang diklik semasa persembahan

3. Narasi (penceritaan)

  • Tidak banyak digunakan dalam sesuatu persembahan kerana sedikit mengganggu persembahan
  • Dibina untuk memperkenalkan produk yang dihasilkan melalui muzik latar belakang dengan sokongan pembesar suara.
  • Boleh digunakan sekali sekala dalam aktiviti supaya pelajar tidak berasa bosan

BENTUK VIDEO

ANALOG

Video analog bukannya suatu bentuk data yang dikenali oleh komputer, ianya merupakan rakaman maklumat yang boleh dilihat sebagai suatu tturutan kerangka yang dikodkan sebagai isyarat elektronik yang berterusan secara kadar yang tetap iaitu kadar kerangka pada pita rakaman video (pita bergambar)

DIGITAL

Video digital juga melibatkan turutan kerangka yang berbentuk imej digital yang mungkin di mampatkan

Format file yang biasa dan sedia ada bagi video ialah MPG, AVI dan MOV

MPG

  • Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan VCD.

AVI (Audio Video Interleave )

  • Bermaksud Video for Windows.Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.

MOV

  • Merupakan format video untuk perisian Quicktime. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company.

Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF

Video

Kebiasaanya format file yang digunakan adalah seperti:

  1. AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format)

  • Format ini sering digunakan pada system computer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.

2. MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3)

  • Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.

3. MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface)

  • Format yang boleh diterima pakai diseluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.

4. SND/Sound

  • Format fail yang telah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.

5. WAVE/ WAV

  • Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh system operasi windows. Mampu menampung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.

6. SUN AUDIO/ AU

  • Boleh digunakan oleh computer jenis stesyen kerja Sun Microsystem.merupakan format audio 16 bit.

7. MPEG (Moving Picture Experts Group)

  • Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.

Format fail lain yang digunakan seperti WMA, AAC, MMF, AMR, M4A, OGG dan MP2

 

MEMBINA BAHAN AUDIO DAN VIDEO
Menggunakan perisian Microsoft Window Power Point 2007


MENGGUNAKAN PERISIAN AUDIO UNTUK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR DAN MEMBACA

Amali 11
PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA SIDANG VIDEO
  1. KONFERENSI SECARA DALAM TALIAN
  2. MENGADAKAN SIDANG VIDEO UNTUK MENGAJARKAN KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR, MEMBACA DAN MENULIS
PENGENALAN
 Telesidang adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling. Menurut J.Maki (2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan banyak masalah pembelajaran di kalangan pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
 Berdasarkan kajian, di dapati telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001) dan Singapura (Hu. Chun, 2001)
SIDANG VIDEO
  • Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video )merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melaluipenghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
  • Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan
  • Sidang video berbeza dari videofon kerana ia direka untuk ditujukankepada suatu persidangan dan bukan individu
  • Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling
 
JENIS PERSIDANGAN VIDEO
  • Banyak ke banyak
  • Satu ke banyak
  • Satu ke satu
Contoh pengunaan sidang video
  • Pendidikan
  • Pembentangan (Presentations )
  • Perkongsian kerja antara penyelidik
  • Berkomunikasi
  • Teleperubatan
  • Mesyuarat
Kebaikan menggunakan telesidang
  1. Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.
  2. Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.
  3. Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
  4. Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.
  5. Mempertingkatkan komunikasi.
  6. Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.
  7. Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.
Persidangan sidang video
  • Google Talk 1.0.0.104 Beta
  • Pidgin 2.7.9
  • Skype 5.1.0.104
  • Thunderbird 3.1.7
  • Trillian Astra 4.2.0.24
  • Windows Live Messenger 2011 (15.4.3508)
  • Yahoo! Messenger 11.0.0.1751 Beta
  • NetMeeting
  • MSN Messenger
Kelemahan penggunaan telesidang
  • Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
  • Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.
Transmisi siding video
Teknologi sidang video berfungsi dalam tiga peringkat iaitu :
1. Cekup (capture),
  • Kamera video digital menangkap imej dan mikrofon merakam bunyi audio.
  • Kamera menukar video ke dalam format digital dan dihantar kepada perisian sidang video yangkemudiannya dimampatkan.
2. Mampat
  • Perisian sidang video akan dimampatkan ke dalam bentuk digital.
  • Satu untuk audio dan satu lagi untuk video dan dihantar kepada modem.
3. Siar
  • Modem akan menukar tanda isyarat digital kepada analog supaya ia boleh disiarkan melalui talian telefon yang biasa.
  • Perisian ini akan mentafsirkan kelajuan sambungan dan menentukan berapa banyak bingkai sesaat yang akan dihantar pergi dan balik.
Amali 12
MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
  1. MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
  2. APLIKASI PENYUNTINGAN BAHAN BAHASA MELAYU DENGAN MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN
PENGENALAN
Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila menggunakan perisian ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di sini pelajar akan belajar menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang telah menyediakan satu modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain dari menggunakan tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan buku panduan yang dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari mereka sebagai bahan bantu mengajar.
Kekuatan utama modul ini adalah dari segi bahasa penyampaiannnya. Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi. Memandangkan perisian ComIL sendiri juga dibina diatas pelantar Bahasa Malaysia, kesukaran para pelajar untuk menterjemahkan arahan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia dapat diatasi
Contoh alat pengarangan : ComIL
  • Alat pengarangan ComIL ini dibangunkan oleh pakar-pakar tempatan. Oleh sebab itu, suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan dapat dihasilkan
  • Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti proses memahami sistem ComIL. Arahan arahan yang diberi adalah dalam format bullet atau bernombor. Oleh itu, pelajar tidak perlu membaca ayat-ayat panjang yang boleh mengganggu kontsentrasi mereka
  • Persembahan modul ini adalah kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain. Arahan yang diikuti dengan contoh serta gambar-gambar skrin dari sistem ComIL menampung pelbagai gaya pembelajaran pengguna
  • Tutorial ini juga tidak terus memperkenalkan sistem ComIL tetapi ia mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian kursus serta konsep-konsep asas yang berkaitan agar pelajar mempunyai kefahaman yang fokus tentang pembangunan perisian kursus yang menggunakan alat pengarangan
Kelemahan sistem sekarang
  • Modul yang dicadangkan tidak mengikuti teori-teori pembelajaran dalam metodologi pembangunan perisian PPBK.
  • Tidak ramah-pengguna antaranya kerana tidak mempunyai butang keluar dari setiap aktiviti yang disediakan. Pembelajaran pelajar akan terganggu kerana pelajar perlu kerap menggunakan 'scroll down' untuk melihat paparan yang sepenuhnya.
  • Modul ini tidak menggunakan pendekatan tutorial yang sebenarnya. sebaliknya ia lebih merupakan kuliah elektronik untuk menyampaikan maklumat tentang penggunaan ComIL.
  • Oleh kerana modul ini lebih berbentuk arahan untuk menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat dalam alat pengarangan ComIL, ia tidak memberikan perhatian terhadap peningkatan kemahiran berfikir penggunanya.
  • Perisian yang baik seharusnya mempunyai unsur kemahiran berfikir kritis dan kreatif dari aras rendah kepada aras tinggi dalam aplikasi pengajarannya
  • Modul menggunakan perisian ComIL yang terdapat pada laman ini tidak bersifat interaktif dalam erti kata tidak memerlukan input dari pelajar. Soalan-soalan untuk menguji sama ada objektif pembelajaran tutorial ini tercapai tidak disediakan. Ini bermaksud pemahaman dan penguasaan proses yang amat ditekankan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Teknologi Maklumat tidak diikuti. Oleh itu, pengguna tidak akan dapat menilai tahap penguasaan mereka seperti yang dikehendaki oleh kurikulum
Contoh alat pengarangan
Microsoft Office Word 2007:


 

 

 

 

 

Khamis, 9 Ogos 2012

Ucapan Selamat Hari Raya




SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Bahan Kuliah

Amali 9

MENGEDIT BAHAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA DALAM TALIAN MENJADI BROSUR, NEWS LETTER, DAN KAD PENGUMUMAN

  1. PROSEDUR PENGEDITAN
  2. PRINSIP PENGEDITAN
  3. MELAKSANA PENGEDITAN
  4. APLIKASI KE DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA

Apa itu mengedit bahan atas talian?

Hasilnya:


Bahan Kuliah

Amali 8

PENGAJARAN BAHASA MELAYU SECARA ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN
  1. MELAKSANAKAN SIMULASI PENGAJARAN ATAS TALIAN.
  2. MELAKSANA SIMULASI PENGAJARAN ATAS TALIAN DAN LUAR TALIAN DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN WEB DAN TAPAK PEMBELAJARAN.

Pengenalan
  • Definisi ‘pengajaran atas talian’ ialah pengajaran yang dapat diakses melalui jaringan internet mahupun jaringan computer.
  • Pengajaran dan pembelajaran yang diadakan melalui internet oleh banyak pelajar dan guru atau pensyarah dari lokasi yang berbeza.
  • Pengajaran melalui computer yang disambungkan ke rangkaian internet yang dapat berinteraksi secara audio dan video bersama-sama dengan pihak yang ketiga dan seterusnya

Pembelajaran Dalam dan Luar Talian dengan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran.
  • Murid-murid gemar untuk menggunakan komputer dan internet. Sifat sebegini yang dimiliki oleh murid wajar diambil kesempatan oleh guru untuk menggunakannya dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Untuk membantu guru supaya senang untuk mengunjungi laman yang berkenaan di internet, maka guru perlu menyimpan rekod penerokaan mereka dalam bentuk Fail Internet dan juga Katalog Alamat Internet.

Alamat Internet

Biskut   : http://resepi.mesra.net/Biskut/
Bubur   http://resepi.mesra.net/Bubur/

Makanan Ringan : http://resepi.mesra.net/Makanan_Ringan/

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam :http://members.tripod.com/isma_il/bangau.html

Katalog Alamat Internet

Tajuk
URL
Sinopsis
Seni Tenun Melayu
http://culture.melayuonline.com/?a=c3VUL29QTS9VenVwRnRCb20%3D=
Laman sesawang mengenai seni tenun Melayu yang terdapat di nusantara.
Tatabahasa : Kata Nama
http://tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm
Laman sesawang mengenaikata nama dan menunjukkan jenis kata nama dan contoh penggunaan kata nama
Tajuk Tatabahasa : Penjodoh Bilangan
URL http://tatabahasabm.tripod.com/tata/pjodoh.htm
Sinopsis Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Tajuk Pakaian Tradisional
URL http://www.alambina.net/images/sintang_traditional.jpg
Sinopsis Gambar mengenai pakaian tradisional di Malaysia

Guru boleh menggunakan laman web yang berkenaan untuk digunakan sebagai bahan pengajaran. Langkah penggunaan laman web adalah seperti berikut:

Tentukan objektif pengajaran yang hendak dicapai
  1. Guru menjelaskan tugasan yang perlu murid lakukan
  2. Minta murid melayari laman web yang disediakan
  3. Murid melaksanakan tugasan yang diberikan dan melaporkannya dengan menggunakan alat pengarangan elektronik
  4. Guru membuat kesimpulan.